Reka Cabins

miliki rumah kabin anda sekarang
Pakar Dalam Pemasangan & Pembekal Prefab Cabin di Seluruh Malaysia.

miliki rumah kabin anda sekarang
Pakar Dalam Pemasangan & Pembekal Prefab Cabin di Seluruh Malaysia.
Alternatif Pintar Untuk Kediaman Anda
Anda Perlu Baca Ini Hingga Habis!
Kami akan kongsikan solusi terbaik pilihan prefab kabin moden, praktikal, selamat, selesa, dan mampu dimiliki untuk anda yang mencari alternatif kediaman masa kini.
- Hi salam Kenal...
Yasrie Yahya
Pakar Rumah Kabin
Saya Yasrie, bekerja dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan pengalaman sejak tahun 2010. Melihat masalah pembinaan konvensional yang sering melibatkan kos tinggi dan kelewatan, saya tergerak untuk mencari penyelesaian. Saya menemui konsep Prefab Cabin yang lebih murah, cepat dipasang, dan tahan lama, serta boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
Kini melalui Reka Cabins, saya membantu individu dan perniagaan mendapatkan ruang yang berkualiti dengan bajet berpatutan. Kabin ini bukan sekadar ruang, tetapi penyelesaian praktikal bagi mereka yang memerlukan, tanpa mengorbankan kualiti dan keselesaan.

Tahun Pengalaman
Rumah Kabin Terjual
Pelanggan
Prefab Cabin
Prefab cabin ialah pilihan kediaman moden yang menjimatkan kos, cepat dibina, dan tahan lasak. Struktur boleh dikitar semula dengan jangka hayat melebihi 40 tahun serta pembinaannya mesra alam tanpa sisa. Direka menahan gempa bumi dan ribut ekstrem, ia menawarkan solusi kediaman praktikal dan selamat untuk gaya hidup masa kini.

Servis Yang Ditawarkan Termasuk
Membekal
Mengedar dan membekalkan Prefab Cabin atau jenis-jenis kontena yang diperlukan.
reka Bentuk
Mereka bentuk mengikut keperluan pelanggan.
Memasang
Team yang pakar dalam pemasangan akan membuat pemasangan.
Menyelenggara
Proses penyelengaraan seperti bahagian elektrikal dan lain-lain dibuat untuk setiap pemasangan.
















Keunikan Prefab Cabin
Prefab Cabin menawarkan pendekatan inovatif dalam dunia pembinaan moden menggabungkan kecekapan, ketahanan, dan penjimatan kos dalam satu struktur. Direka dengan teknologi bahan terkini, setiap unit memastikan keselamatan, keselesaan, dan ketahanan optimum untuk pelbagai keperluan persekitaran serta industri.
Kalis Api / Air / Bunyi
Prefab cabin dengan lantai MGO dan dinding EPS Sandwich Wall Panel menawarkan kelebihan kalis api, air, bunyi dan sesuai untuk semua cuaca.
Anti Karat / Anti Anai-Anai
Prefab Cabin dengan hot dip galvanized steel, lantai MGO board, dan dinding EPS Sandwich Wall Panel tahan karat, anti anai-anai, tahan lama dan sesuai pelbagai persekitaran.
Penebat Haba Terbaik
Mempunyai Lapisan Fiber EPS - Expanded Polystyrene Sandwich Wall Panel pada Dinding Panel Dan Kekal kan Suhu Dalam Bilik - Suhu Biasa. Expanded Polystyrene (EPS) dikenali kerana penebatnya yang sangat baik.
Kos Rendah
Pembinaan dengan prefab cabin lebih murah berbanding kaedah pembinaan tradisional. Anda boleh menjimatkan kos bahan, buruh, dan masa pembinaan.

Gabungan Bahan Terbaik untuk Prestasi Luar Biasa
Semestinya bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik. Gabungan bahan berkualiti tinggi seperti aluminium, keluli tergalvani, dan MGO board menjadikan prefab cabin tahan lama dan berprestasi tinggi!

EPS Sandwich Wall Panel
- Penebat Haba
- Penebat Bunyi
- Kalis Api
- Tahan Lama

Galvanised Steel With Connectors
- Tahan Lama
- Ketahanan Keluli
- Perlindungan Hakisan

MGO Board
- Seperti Papan Drywall/Simen
- Tahan Lama
- Tahan Api
- Tahan Kelembapan
- Tahan Cuaca

Metal Deck Sheet
- Ringan
- Kos Berpatutan
- Mudah Dikendali
- Gabungan Mudah Bagi Bahan Lain
- Tahan Lama
Konsep & Reka Bentuk
Konsep dan rekabentuk yang fleksibel ini direka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya dan keperluan.

Kediaman
Menawarkan ruang selesa yang lengkap dengan susun atur efisien, menjadikan kehidupan harian lebih teratur dan tenang.

Premis Perniagaan
Prefab cabin memberi imej profesional dan praktikal, sesuai dijadikan pejabat, butik, kafe kecil atau ruang kerja kreatif.

Chalet /Homestay
Reka bentuk kabin ini menonjolkan keunikan dan keselesaan yang mampu menarik perhatian pengunjung.
Dekorasi Dalaman
Setiap reka bentuk kabin kami dihasilkan dengan konsep moden dan praktikal, menekankan keseimbangan antara gaya dan fungsi. Setiap ruang dalaman direka agar tampak luas, kemas, dan selesa, dengan sentuhan dekorasi yang menonjolkan elemen kontemporari serta suasana tenang. Kami memastikan setiap perincian dari pemilihan warna, pencahayaan hingga susun atur disusun rapi bagi mencipta pengalaman ruang yang elegan dan harmoni.






Testimoni
Pelanggan kami berpuas hati dengan kualiti, ketahanan, dan kecekapan Prefab Cabin. Mereka mengakui ia sebagai pilihan pembinaan moden yang cepat, selamat, dan berbaloi.
Pakej Cabin
Dapatkan Best Buy Cabin. Pilihan ideal untuk ruang yang praktikal, tahan lama, dan kos efektif! Dengan reka bentuk yang fleksibel dan pemasangan pantas, prefab cabin kami adalah penyelesaian sempurna untuk keperluan ruang anda.

Basic Unit
- Wiring
- 4 Plug Point + 2 Lampu
- 1 Kipas Dinding
- Lantai Vinyl + Skirting
- 2 Panel Tingkap Bergrill
- 1 Pintu Aluminium (Kalis Api)
- Bumbung


Studio Unit
- Wiring
- 4 Plug Point + 2 Lampu
- 1 Kipas Dinding
- Lantai Vinyl + Skirting
- 2 Panel Tingkap Bergrill
- 1 Pintu Aluminium (Kalis Api)
- Bumbung
Soalan Lazim (FAQ)
Dapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanya tentang prefab cabin kami. Kami sediakan maklumat lengkap supaya anda faham dengan jelas sebelum membuat keputusan.
Berapa berat keseluruhan prefab cabin 10ft x 20ft ni?
Berat keseluruhan untuk unit prefab cabin bersaiz 10ft x 20ft yang lengkap dipasang ialah lebih kurang 1.5 tan. Berat ni dah termasuk semua kelengkapan seperti wiring, lantai vinyl, tingkap, pintu aluminium, dan lain-lain.
Pemasangan kabin ni sesuai diletakkan di atas apa bagi menampung berat kabin?
Kabin ni sesuai diletakkan di atas platform lantai konkrit, beam, atau menggunakan tungku yang disediakan. Kami juga bagi tungku PERCUMA sehingga ketinggian 6 inci, jadi tak perlu risau tentang kestabilan dan kekuatan untuk tampung berat kabin!
Adakah reka bentuk prefab cabin boleh diubah suai?
Ya, kami menawarkan pilihan reka bentuk custom-made. Anda boleh menyesuaikan saiz, susun atur, dan warna mengikut keperluan dan citarasa anda.
Adakah prefab cabin ini tahan cuaca?
Prefab cabin kami dibina menggunakan bahan tahan lasak seperti keluli tahan karat dan sandwich panel yang kalis cuaca dan tahan lama walaupun dalam keadaan panas, hujan lebat, atau kelembapan tinggi.
Apakah kegunaan utama prefab cabin?
Prefab cabin kami serbaguna! Ia sesuai digunakan sebagai:
• Homestay atau bilik sewa.
• Pejabat kecil atau ruang kerja.
• Studio seni atau ruang kreatif.
• Kiosk perniagaan atau gerai.
• Bilik tambahan di rumah.
Adakah penghantaran dan pemasangan disediakan?
Ya, kami menyediakan servis penghantaran dan pemasangan lengkap, jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang tambahan.
Adakah prefab cabin selesa untuk didiami?
Ya, prefab cabin kami dilengkapi dengan penebat haba dan bunyi, memastikan ruang kekal sejuk, selesa, dan tenang walaupun dalam cuaca panas.
Berapa lama jangka hayat prefab cabin ini?
Dengan bahan berkualiti tinggi dan reka bentuk tahan lasak, prefab cabin kami boleh bertahan sehingga 35 tahun atau lebih dengan penyelenggaraan minimum.
Bagaimana proses pembelian dan pemasangan prefab cabin?
Kami menyediakan khidmat penuh dari konsultasi, reka bentuk, penghantaran, hingga pemasangan. Anda hanya perlu pilih reka bentuk, dan kami akan uruskan segalanya untuk anda!
Apakah jaminan yang diberikan untuk prefab cabin?
Kami menawarkan jaminan produk untuk memastikan kualiti dan ketahanan prefab cabin anda. Pasukan kami juga sedia membantu jika ada sebarang keperluan selepas jualan.
Bahan apa yang digunakan untuk membina prefab cabin ini?
Prefab cabin kami dibina menggunakan rangka keluli tahan karat untuk kekuatan, dan sandwich panel sebagai dinding, yang memberikan penebat haba dan bunyi yang sangat baik.
Adakah bahan binaan ini tahan lama?
Ya, semua bahan binaan kami direka untuk tahan lama, termasuk menghadapi cuaca ekstrem seperti hujan lebat, panas terik, dan kelembapan tinggi.
Apa kelebihan sandwich panel yang digunakan?
Sandwich panel kami menawarkan:
• Penebat haba dan bunyi yang unggul, menjadikan ruang lebih selesa.
• Tahan lama, ringan, dan mudah dipasang.
• Ketahanan tinggi terhadap cuaca dan kelembapan.
Menu
Disclaimer – “Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site rekacabins.com is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners” “Privacy Policy – Term & Conditions”
© 2025 Copyright by rekacabins.com



